Wednesday, April 24, 2019

LATAR BELAKANG PENULIS



Nama diberi, Fadhilah Yaacob, nama yang bermaksud kelebihan. Semoga dengan kelebihan yang Allah beri, dapat dimanafaatkan buat semua yang mengenali. Dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang dan dibesarkan di Kuantan, Pahang. Ayah merupakan seorang pesara polis hutan. Dibesarkan dengan didikan dan disiplin yang ketat oleh ibu bapa tercinta.

Mempunyai anak seramai tujuh orang, sudah cukup membuatkan diri ini sentiasa sibuk dan peka dalam semua perkara. Sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memiliki  kualiti hidup yang seimbang dan terurus.

Hidup ini tidak selalunya indah. Bila suatu ketika, kehidupan kami berubah semenjak mendapat tahu anak bongsu kami, yang merupakan anak istimewa. Apa-apa sahaja takdir Allah s.w.t ialah takdir terbaik untuk kami. Kami yakin, Allah s.w.t mengurniakan anak yang sebegitu beserta hikmah dan kelebihannya.

Berkecimpung dalam dunia pendidikan awal kanak semenjak anak sulung lagi. Sentiasa mengikuti kursus-kursus serta bengkel-bengkel yang berkaitan demi menambah ilmu untuk anak-anak sendiri. Pernah bekerja di tadika dan memiliki pusat tuisyen sendiri di rumah dan telah beroperasi selama 20 tahun sehingga ke hari ini.

Mempunyai pengalaman mengurus dan menyelia anak-anak istimewa, khususnya anak bermasalah pendengaran di negeri Terengganu. Semoga perjuangan untuk membantu  meletakkan anak-anak istimewa ini sebaris dengan anak-anak tipikal di arus perdana dapat diteruskan dengan berkongsi sedikit pengalaman yang ada melalui penulisan.

Semoga Allah SWT  memberkati usaha kecil ini.


www.terusberjuanganakkusayang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment