Anak adalah amanah
Anak juga ujian dari Allah.
Semakin berat ujian, semakin berat dugaan, maka sebesar itu
jugalah nikmat pahala yang Allah beri.
Betapa beratpun ujian yang sedang dihadapi, bisikkan pada
hati, sabarlah...
Bekerja sendiri dan menjadi suri rumah juga merupakan pilihanku sejak dari mula. Pilihan yang tepat, walaupun faktor kewangan merupakan musuh utama ketika itu. Ujian dan cabaran hidup serta kesusahan hidup tahun demi tahun menjadi cabaran untukku agar setiap pengalaman tersebut menjadi contoh yang baik untuk anak-anak.

Ketujuh-tujuh anak kami, kesemua menyusu badan
sepenuhnya. Inilah nikmat yang sangat
bernilai bagi seorang ibu. Mungkin sebab ahli keluarga kamipun memang semuanya
memberikan anak-anak susu badan, jadi niatku sejak dari mula ingin memberikan
sepenuh perhatian kepada penyusuan untuk anak-anak sendiri.Ini juga merupakan satu pilihan.
Memberi susu sepenuhnya kepada anak, mengikut ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 233.
Memberi susu sepenuhnya kepada anak, mengikut ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 233.
“ Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama
dua tahun genap iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu ; dan
kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara
yang sepatutnya…”
Kami membesarkan anak-anak di kota besar tanpa formula yang
khusus, Semuanya hasil dari pemerhatian, bacaan dan sifat suka bertanya. Tiada
istilah malu lagi jika ianya demi anak-anak sendiri, dan ianya bukan satu igauan
atau permainan yang kita perlu pandang enteng. Silap percaturan, akan hancurlah
institusi keluarga yang kita bina atas niat kerana Allah jua.
Oleh kerana kita yang perlu mengejar masa, setiap anak-anak
kupantau dengan teliti, samada dari segi agama mahupun akademik serta sahsiah
diri. Bohonglah jika kita kata tiada ombak yang melanda dalam proses membimbing
anak dan dalam masa yang sama, perlu melayani kemahuan suami.
Hidup kita adalah
pilihan kita, bukan orang lain.
Teguh dan berdirinya kekuatan dalaman bergantung kepada kita yang merencara dan
merancangnya. Walaupun kita tahu, yang menentukan kejayaan di dalam sesebuah
keluarga tetap datangnya dari Yang Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment